Posts

Week 12

Image
 Pada minggu ini kita telah berjaya menbentangkan produk kita dengan lancar atas kerjasama rakan rakan kelas serta lecturer kita. Terdapat 10 kumpulan yang akan menbentangkan produk masing masing dan kumpulan saya telah berjaya menbentang serta menunjukkan kegunaan lampu meja tersebut. Kita amat gembira kerana mampu mengembirakan rakan sekelas dengan pembentangan kita.

Week 11

Image
 Week 11 Pada minggu ini, kita telah berjaya mengumpul barang yang diperlukan iaitu Botol ,tin kacang, paip lembut dan battery. Selain itu kita juga berjaya menghasilkan poster untuk pembentangan minggu ke-12 secara bersemuka. Oleh sebab kekurangan masa, kumpulan kita masih belum menyiapkan produk tersebut tetapi pelan perancangan telah dihasilkan. Produk yang kita akan hasilkan bertujuan untuk menjimatkan kos untuk membeli lampu meja yang canggih yang ada pada pasaran. Bukan itu saja, produk ini juga bertujuan untuk membekalkan cahaya yang cukup untuk pelajar belajar pada lewat malam tanpa menggunakan tempat meja yang besar.   

Week 10

Image
 Week 10 Pada minggu yang ke-10 ini, Kumpulan saya telah mengenal pasti produk mini projek group kita iaitu menghasilkan lampu meja yang menggunakan barang yang terguna. Kita ambik kesempatan ini untuk mengenal pasti bahan bahan yang perlu dikumpul atau dicari untuk menghasilkan produk kita. Antara bahan yang diperlukan ialah botol yang telah diguna, tin kacang, battery, cable, paip jenis lembut. Gambar contoh adalah seperti berikut

Week 9

Image
 WEEK 9 Pada minggu ini, lecturer kita telah menerangkan mini projek kepada kita. Secara ringkasnya setiap kumpulan mestilah menghasilkan sebuah produk yang ada kegunaan tersendiri dengan idea yang berbeza.Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut mestilah barang yang terpakai seperti kertas kotak atau pun botol plastik. Tempoh yang diberikan ialah 3minggu dan kumpulan saya telah mengambil kesempatan untuk membincangkan idea untuk menghasilkan produk mini projek.

Week 8

Image
 WEEK 8 Salam sejahtera, pada minggu yang ke-8, kita diagihkan tugasan oleh lecturer kita dan tugasan tersebut ialah menghasilkan video yang pendek berkaitan dengan kempen alam sekitar. Kita bersama-sama telah menghasilkan video tersebut dengan bekerjasama dan gembira kerana kita berasa seronok nak berlakon link video : https://studio.youtube.com/video/il3HnQ9FWwc/edit

WEEK 5: PEMBENTANGAN 3

Image
   Assalammualaikum semua....pada minggu ini sayangnya SEKALI LAGI kumpulan kami tidak terlibat untuk memberi peluang kepada kumpulan lain yang masih lagi belum membuat pembentangan mereka pada minggu lepas... Jadi minggu ini kami hanya mencatat apa yang dibincangkan oleh mereka sahaja...tapi, kami juga dapat info-info yang menarik dari pembentangan mereka... Itu sahaja untuk minggu ini, terima kasih

WEEK 6: PEMBENTANGAN 4

Image
 Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, pada minggu kelima, kami meneruskan dngan aktiviti pembentangan bgi segelintir kumpulan terakhir  Alhamdullilah, bnyk manfaat yg kami terima dari pembentangan mereka...